Monday, September 12, 2011

safi rania gold

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcQ4ogYzZ5l5_0pePyzLYk0UXbMYmNUZcqZxSgkEa8PhpXTVBATHb2WGBnb4iioZJXCZj8dcAi0H5t_OyX0l-J0GAbbbEG2HSRxxCKejJtJZPQCAJUumptxr-WNqt1m8UUeKoAxu3sNbQ/s1600/DSCN8179.JPG
sayang-sayang semua, sejak qiz guna produk safi rania gold ni... alhamdulillah jerawat yang suka sangat kat pipi qiz ni dah tak ada dah.. hehehhehe sesekali tumbuh tu biasa la kan...

jadi sesiapa yang ada masalah jerawat cam qiz .. try la safi rania gold ni... tapi petua2 nenek moyang kita tu guna la juga, lagi2 "madu lebah".... try tau jangan tak try.... makanan tambahan juga jangan lupa makan... senaman juga jangan lupa...


maklumat ringks produk ni:

Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

Tuesday, September 6, 2011

wajah halus mulus

petua kulit wajah..

Menyegarkan kulit wajah

PDF Print E-mail
BAHAN-BAHAN:

Epal hijau

Air batu


CARA-CARA:

1. Cuci dan potong nipis epal hijau.
2. Kemudian, rendamkan epal tadi di dalam air batu selama 5 minit.
3. Setelah itu, letakkan di muka dan biarkan selama 15 minit.
4. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia juga boleh melicinkan kulit.

Tip-tip untuk semua

Lodge Enamel on Cast-Iron 3 Quart Apple Pot, GreenAmalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.
* Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah:

- Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

imej dan penampilan

salam sayang....

IMEJ dan Penampilan... mmmm itu penting tu.... di mana dan kemana pun kite kene jaga tau....
walaupun di rumah..... qiz selalu titik beratkan perkara2 ni walau orang lain anggap remeh-temeh atau tak perlu dan membazir....

sayang-sayang semua, sebenarnya menjaga penampilan ni satu seni dan terapi diri... ahak... ahak....
qiz suka sangat benda yang cantik2 dan kemas2..... sbb apa tau sayang-sayang semua nak tau...
1. kita berasa yakin kemana pun kita pergi
2. kita tak berasa malu tuk berbual atau bertemu dengan sesiapa pun
3. orang pun tidak akan malu tuk berbual dengan kita...
banyak lagi tau faedahnya......

yang paling penting... SENYUMAN dan JANGAN SOMBONG dengan org sekeliling....
kalu kita berasa tak semanagt nak gi keje... maka UBAT paling mujarab adalah berpakaian CANTIK untuk para WOMEN dan KEMAS untuk LELAKI.. tul tak sayang-sayang semua



"SENYUMAN adalah SEDEKAH yang paling MUDAH dan  tak perlu menggunakan WANG"....