Friday, June 18, 2010

mmmmmm.... MADU..... amalkan selalu 1

http://www.khasiat-madu-lebah.com/
layari laman web ni untuk maklumat lanjut...
sila cuba tau....

mmmmmm.... MADU..... amalkan selalu




Makan madu lebah ni sudah lama Qis amalkan tau.. hampir 15 tahun.. ..jum ikut qis.. amalkan ..
sekurangnya satu sudu teh sehari sebaiknya makan madu waktu pagi 30 minit sebelum sarapan..

Khasiat madu lebah
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:

- Asma - Haid - Resdung
- Alahan - Jerawat - Rambut gugur
- Barah - Letih - Sakit kepala
- Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang
- Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi
- Batuk - Mata - Sukar tidur
- Darah Tinggi - Pening
- Gastrik - Penyeri muka

Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:

  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus


Madu lebah menurut Islam

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;

"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"



Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh



Hubungan kesihatan (rawatan) dan madu lebah
Antimicrobial : Madu lebah berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu lebah dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu lebah ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria.

Antioxidants : Madu lebah mengandungi pelbagai fitokimia ‘phytochemicals’ seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Jumlah dan jenis antioksida adalah bergantung kepada kekuatan saripati madu lebah itu sendiri dan sumber bunganya. Biasanya, lebih gelap warna madu lebah menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan). Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.

Enzymes : Enzim memainkan peranan penting dalam madu lebah yang menjadikannya sangat penting untuk pengubatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida.

Pro-Biotic : Campuran madu lebah bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik, bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat

Eric Clapton- Wonderful tonight (with lyrics)

HELLO LIONEL RICHIE LYRICS

ANGGUN BALQIZ: KITARO - CARAVANSARY

ANGGUN BALQIZ: KITARO - CARAVANSARY

Thursday, June 17, 2010

KITARO - CARAVANSARY

kerja paling hebat dan mencabar fizikal dan minda......


terduduk la qis hari ni..... rasa cam nak letak jawatan....

jawatan ni memang betul-betul mencabar fizikal dan minda,,,,,,,
dari masuk je ofis sampai sekarang menulis ni tak habis-habis kejenya...
rasanya kalu diberi kepada "kaum adam" tak siapa dari kaum tu yang nak.... walaupun gaji beribu-ribu...

jadual plak tu ketat sangat tak de rehat.... nampak tak de keje tau... tapi ada je.... dari satu keje ke satu keje... wawawawa.... ada je...
mula buka ofis, muka ... ahak.. ahak.. ahakk... kira anggun, cun dan wangi le kan... mana tau kalu ada pemantau datang pagi nak melawat ofis kira tak malu la... sbb anggun dan cun le.... hehehhe

yang lucunya... sedang wat keje tu.. tetiba melintas cermin..... mak oiiiiii.... terkejut qis... mana tidaknya... huhuhuhu... muka penuh berair hehehhe..... peluh le.. muka anggun dan cun.. dah jadi comot... cium baju... uhuk.. uhuk.. uhuk... bucuknya....
tapi keje lum siap kene le siapkan juga... masa tu terpaksa la tutup ofis jab

nak tau qis keje kat mana.... kat UMAH la....
memang mencabar dan menguji tenaga fizikal....

pe lagi kalu nak badan anggun dan cantik wat la keje-keje umah bersungguh-sungguh dan iklas...
memang bermandi peluh tak yah pergi SAUNA.. memang dah cukup senaman di rumah sendiri.

senaman bagus tau... hehehhe
1. sidai kain
2. menyapu sampah
3. basuh pinggan
4. lap tingkap
5. mop lantai
6. memasak..
tu baru enam senaman... banyak lagi boleh buat...
nak lagi sedap wat senaman tu pasang lagu-lagu kegemaran..
pasti anda semua akan anggun dan cantik...

pas tu kua umah ambil 2 biji limau purut ke limau nipis pun boleh...
pe lagi.....
hehehehhe... mandi le
sapu seluruh badan guna limau purut biarkan 10 minit
tuk buang peluh-puluh dan lemak-lemah yang dah mencair masa kite wat senaman tadi...

FUHHHHHHH.... lege
badan terasa SEGAR dan NYAMAN
pas tu pakai le lelawa kat umah biar sentiasa anggun dan cun...
biar kita para WANITA sentiasa kelihatan anggun dan cun walaupun dok umah,,,,