Wednesday, November 3, 2010

malam yang sunyi


malam....
seribu ketenangan bersamamu
seribu jawapan kau berikan padaku
keresahan, kebuntuan, kau tenang mendengar dukaku
tiada seribu alasan darimu
kau sentiasa tersenyum mendengar celotehku...
pe yang kukatakan padamu
kau sentiasa angguk sebelum kau membalasku...

malam...
kegelapanmu
tersimpan seribu cahaya
yang sentiasa menyinar memberi keindahan alam
mmberi seribu kebahagiaan
memberi seribu jawapan
yang sentiasa menenangkan jiwa...

Saturday, October 30, 2010

cam tak caya la....

sayang-sayang nak tau...
ari ni pegi kat kedai... biasa la kan... kedai para wanita paling suka la.... mana lagi kedai jual makanan kesihatan la kan.....

masa qis nak beli satu "jenama" tu.... biasa la kan kita nak beli kenalah dimulakan dengan "bismillah" dalam hati dan di mulakan dengan senyuman manis dibibir....

tetiba pekedai tu tanya qis..... "adik ni makan apa boleh badan jadi cantik dan slim cam tu"...
alamak mula tu terkejut dan malu juga bila ditanya cam tu sbb dia siap tanya umur qis berapa... pe lagi qis senyum je la.... hehhehehe terkedu gak la....

sepatutnya dia la yang patut beritahu qis makanan-makanan yang baik tuk pelanggannya makan tapi ni terbalik pula... tapi tak pe la kan, perkara yang baik qis beritahu la pe yang qis selalu amalkan...
qis beritahu pada pekedai tu.. qis suka amalkan makan "madu lebah", sesudu setiap pagi... dan qis makan satu jenama tu... syukurlah dengan keizinan ALLAH dapatla qis jaga tubuh qis yang ada ni... tapi sayang-sayang nak tau tak .... yang paling penting adalah sokongan dari "orang yang tersayang"............

satu lagi perkara paling penting..
bila kite keluar umah hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan cantik dipandang..
aritu qis pakai simple je... seluar jin dan baju" T ala-ala ikan pari" gitu.. hehhehe.. dan bertudung... "kefemininan" kene jaga tau... kasut pakai la yg ada tumit kit tau... tapi jangan pakai yang "Tak sedap dipandang la kan"


ok sayang-sayang.... kadang-kadang komen orang yang tidak kite kenal dan secara spontan tu menunjukkan keiklasan.... apa pun kite mesti bersyukur dan bersangka baik dengan setiap rezeki yang diberinya.....
betul tak sayang-sayang semua...

jom masak

masak..... ni la satu aktiviti yang lih ialangkan tension... masak cedap-cedap... mana teringin masak.. masak lah ikut suka...

untung tau sayang-sayang semua ilangkan tension dengan cara masak... daripada dok merap dalam bilik dan termenung sepanjang hari... baik kite gi dapor masaklah pe yang sayang-sayang suka... selain ilang tension... perut pun keyang... badan pun cantik.. sbb aktif masak di dapor...
tapi satu je perlu ingat tau sayang-sayang.... bila masak tu masak biar betul-betul sedap.. maksudnya cukup lemaknya, cukup manisnya, cukup masamnya, cukup pedasnya... TAPi makan jangan banyak tau...
tu je petuanya tuk jaga badan... makan tetap makan.. tetapi kuantiti dijaga..

SELAMAT MEMASAK yang CEDAP-CEDAP...

Friday, October 8, 2010

Kenny, Remy & Martin - Suratan Atau Kebetulan

senang ati



ari ni jerawat dah kurang kit.. lemun kit kulit muka.. sonok sangat...
syukur gak makan makanan kesihatan yang penah qis cite dulu tu....
tapi tu la keje banyak so... selalu tido lewat maka jerawat pun suka la lepak pada muka qis ni..
ahak.. ahak.. tak pe la kan lama ilang la tu...

pe lagi boring2 wat keje ngadap la cermin muka.. belek-belek2 muka tengok la jerawat ahak, ahak, ahak.. jerawat dah ok dah... pastu belek2 rambut... tepek2 krim muka....
aik.. sayangg-sayang semua jangan salah anggap tau..
sebenarnya aktiviti belek2 muka belek2 rambut tu lih ilangkan stres ni lah satu lagi petua ilangkan stres tau..

mmmm untuk cik abang -cik abang pula lih lah belek2 misai atau janggut tu... kalu dah panjang misai atau janggut tu... hehhehee.. gunting-guntingla... kaum hawa ni suka cik abang-cik abang yang kemas-kemas dan macho gitu...
pe lagi try la petua qis ni.....

Friday, October 1, 2010

tak de mood nak pergi keje... ??????


tak de mood.... meh qis bagi petua dapatkan mood
mula tu...jom cari pakaian yg boleh mengubah mood... penampilan pergi keje sentiasa jaga tau

ni yang qis selalu amalkan tau... bila nak gi keje tak de mood je... mula la belek-belek almari cari baju yang boleh meransang mood supaya ada mood nak gi keje... pe lagi ari tu pakai lah baju yang kala cerah2 hehhhee.. contohnya merah....

terlewat bangun pun kadang tu mengubah mood...
meh qis bagi petua kalu lambat bangun.... cari la baju yang dah siap ngan aksosori cantik...
mmmmm banyak baju moden sekarang dah siap terpasang aksosorinya...
seperti yang terjadi pada qis....
almaklumlah kekadang lerlewat bangun tetapi nak gi keje mesti "keanggunan" kene jaga tau... mmmm..... pe lagi qis cari la pakaian pasang siap dengan aksosorinya sekali....
kekadang kite rasa pakaian tu simple saje tapi kalau kite pandai suai padan dan pandai gayakan ianya sentiasa nampak cantik contonya "JUBAH MODEN" sarung je kat badan.. kekemasan tu penting tau sayang-sayang semua walaupun dok kat cerok dapor ni lagi nak gi keje.. ahak.. ahak.. ahak..

mmmm jangan lupa.. muka pun kene la "CALIT-CALIT" kit jangan biarkan pudar je....
baju dan muka dah anggun... yang paling penting "SENYUM" tau... bila semua dah sempurna tentu sayang-sayang semua ada mood nak gi keje... jangan lupa sebelum bagi senyuman kat orang lain senyum dulu tuk diri sendiri.... caranya senang je... gi kat cermin muka pastu senyumlah... dan pujilah diri sendiri.. hehhehe... contohnya ucapkan "cantiknya aku ari ni" nampak lucu kan tapi itulah yang terbaik untuk mendapatkan mood semula... tak caya ye... tapi cuba dululah.. baru tau kesannya..

bagi kaum adam pula sama la juga.. penampilan kene jaga.. biar sentiasa KEMAS... rambut, misai atau janggut kene la sentiasa rapi...

jangan lupa sebelum melangkah keluar keje baca la 'Bismillah'...

Thursday, September 30, 2010

jerawat......

JERAWAT... JERAWAT... adoi-adoi., adoi.. sesuatu yang para wanita cedihkan sbb dia ni berkenan sangat la bersantai kat muka.... uhuk.. uhuk.. uhuk... ni la yang terjadi kat muka qis ni....
kata abg qis kalu banyak jerawat kat muka sbb gatal nak kawin... ahak. ahak.. ahak.. tul ke ni... TAPI qis...

macam-macam dah qis wat ni.. tapi masih ada jerawat COMEL tumbuh.... cam tau-tau je tuannya sedang sibuk dan macam-macam perkara tuannya sedang difikirkan....

pe pun qis makan balik makanan kesihatan yang qis penah makan dulu... dulu keputusannya amat memuaskan.. harap2 kali ni jerawat akan ilang dan kulit muka dapat halus mulus cam ari tu.... ni qis baru makan 4 ari.. hari hari dok belek muka depan cermin... uhuk.. uhuk..uhuk...

sambil tu qis wat senaman cam dalam blog qis ni.. jom sayang-sayang qis semua mari kita bersenam...
hehhehhee.. boleh gelek-gelek ala-ala hindustan...
cam ne jom kite wat senaman tuk hiburkan ati sbb muka ada jerawat COMEL..

Friday, June 18, 2010

mmmmmm.... MADU..... amalkan selalu 1

http://www.khasiat-madu-lebah.com/
layari laman web ni untuk maklumat lanjut...
sila cuba tau....

mmmmmm.... MADU..... amalkan selalu




Makan madu lebah ni sudah lama Qis amalkan tau.. hampir 15 tahun.. ..jum ikut qis.. amalkan ..
sekurangnya satu sudu teh sehari sebaiknya makan madu waktu pagi 30 minit sebelum sarapan..

Khasiat madu lebah
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:

- Asma - Haid - Resdung
- Alahan - Jerawat - Rambut gugur
- Barah - Letih - Sakit kepala
- Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang
- Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi
- Batuk - Mata - Sukar tidur
- Darah Tinggi - Pening
- Gastrik - Penyeri muka

Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:

  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus


Madu lebah menurut Islam

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;

"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"



Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh



Hubungan kesihatan (rawatan) dan madu lebah
Antimicrobial : Madu lebah berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu lebah dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu lebah ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria.

Antioxidants : Madu lebah mengandungi pelbagai fitokimia ‘phytochemicals’ seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Jumlah dan jenis antioksida adalah bergantung kepada kekuatan saripati madu lebah itu sendiri dan sumber bunganya. Biasanya, lebih gelap warna madu lebah menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan). Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.

Enzymes : Enzim memainkan peranan penting dalam madu lebah yang menjadikannya sangat penting untuk pengubatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida.

Pro-Biotic : Campuran madu lebah bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik, bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat

Eric Clapton- Wonderful tonight (with lyrics)

HELLO LIONEL RICHIE LYRICS

ANGGUN BALQIZ: KITARO - CARAVANSARY

ANGGUN BALQIZ: KITARO - CARAVANSARY

Thursday, June 17, 2010

KITARO - CARAVANSARY

kerja paling hebat dan mencabar fizikal dan minda......


terduduk la qis hari ni..... rasa cam nak letak jawatan....

jawatan ni memang betul-betul mencabar fizikal dan minda,,,,,,,
dari masuk je ofis sampai sekarang menulis ni tak habis-habis kejenya...
rasanya kalu diberi kepada "kaum adam" tak siapa dari kaum tu yang nak.... walaupun gaji beribu-ribu...

jadual plak tu ketat sangat tak de rehat.... nampak tak de keje tau... tapi ada je.... dari satu keje ke satu keje... wawawawa.... ada je...
mula buka ofis, muka ... ahak.. ahak.. ahakk... kira anggun, cun dan wangi le kan... mana tau kalu ada pemantau datang pagi nak melawat ofis kira tak malu la... sbb anggun dan cun le.... hehehhe

yang lucunya... sedang wat keje tu.. tetiba melintas cermin..... mak oiiiiii.... terkejut qis... mana tidaknya... huhuhuhu... muka penuh berair hehehhe..... peluh le.. muka anggun dan cun.. dah jadi comot... cium baju... uhuk.. uhuk.. uhuk... bucuknya....
tapi keje lum siap kene le siapkan juga... masa tu terpaksa la tutup ofis jab

nak tau qis keje kat mana.... kat UMAH la....
memang mencabar dan menguji tenaga fizikal....

pe lagi kalu nak badan anggun dan cantik wat la keje-keje umah bersungguh-sungguh dan iklas...
memang bermandi peluh tak yah pergi SAUNA.. memang dah cukup senaman di rumah sendiri.

senaman bagus tau... hehehhe
1. sidai kain
2. menyapu sampah
3. basuh pinggan
4. lap tingkap
5. mop lantai
6. memasak..
tu baru enam senaman... banyak lagi boleh buat...
nak lagi sedap wat senaman tu pasang lagu-lagu kegemaran..
pasti anda semua akan anggun dan cantik...

pas tu kua umah ambil 2 biji limau purut ke limau nipis pun boleh...
pe lagi.....
hehehehhe... mandi le
sapu seluruh badan guna limau purut biarkan 10 minit
tuk buang peluh-puluh dan lemak-lemah yang dah mencair masa kite wat senaman tadi...

FUHHHHHHH.... lege
badan terasa SEGAR dan NYAMAN
pas tu pakai le lelawa kat umah biar sentiasa anggun dan cun...
biar kita para WANITA sentiasa kelihatan anggun dan cun walaupun dok umah,,,,

Tuesday, May 25, 2010

Monday, May 24, 2010

P.Ramlee - Nak Dara Rindu

senyum... senyum... yang membawa keanggunan...

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda ‘tidak siuman’. Bersedih tentu saja
dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga
memudaratkan kesihatan.


Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi
untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka
yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan
berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari
usianya yang sebenar.


Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan ‘wajah senyum’ yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah
“Rani Mukherjee”. Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda
mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.


Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar.
Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali
boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati
dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan
anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat
sesuatu bagi meneruskan hidup.


Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan
yang diberikan.


15 Fakta Menarik :



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon.


2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan
turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan
senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17
otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa
lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar
degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu
lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang
penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa
dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan
kepada sistem ketahanan badan.


8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari
keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan
hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon
‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan
‘adrenaline’ .


9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan
badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


10. enyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit
jantung.


11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti
Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40
peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding
orang yang sihat.


12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan
otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan
untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi;
membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam
beberapa minit.


14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang
dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu
menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.


15. Pujangga menyebut :


” SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”. Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan
plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Monday, May 10, 2010

puteri balqis....... siti khadijah... puteri gunung ledang... Kisah dalam syair siti zubaidah.. siti norhaliza....... ibu kita,,,,

mmmmm..... itulah antara sejuta nama-nama wanita yang sangat hebat,,,
keanggunannya, kehebatannya... kekuatan jiwanya... daya ketahanan diri amat kuat sekali..
qis betul-betuk kagun dengan nama-nama ini...

mmmmm.... tak payah la qis ulas siapakah mereka ini.. tentu sayang-sayang semua mengenali siapa mereka ini...

senyuman dan renungan mata amat menyejukkan jiwa raga "sang raja" yang bertahta di jiwa....
cinta, kasih-sayang mereka boleh menggegarkan dunia dan di kenang, diingat sepanjang zaman....

mudahan kita mmenjadi wanita diantara mereka yang menjadi penyejuk dan penenang kepada sang raja



ahak... ahak... ahak... apa yang ingin qis katakan adalah..
jadilah kita seorang wanita anggun yang sentiasa menjadi penyejuk dan penenang jiwa kepada orang tersayang..
tak perlulah kita wanita melayan ego kita... kerana tak kemana akhirnya...
kita wanita memanag dilahirkan sebagai pasangan yang tugasnya menenangkan jiwa "sang raja" pasangan kita...
letakkan lah senyuman sentiasa ada dibibir kita....
keanggunan, aura kita, senyuman manis kita, keceriaan kita...
menjadi daya penarik orang yang tersayang....
yang menyebabkan sang raja jiwa sentiasa ingat akan kita..

mmmmm.... yang paling hebat!!!!!!!
kasih sayang, senyuman manis, keanggunan diri dan kecantikan para wanita anggun adalah ubat paling mujarab penenang jiwa sang raja perwira jiwa....


aha..... PETUA
cam mana nak jadi wanita sehebat mereka...
sentiasa la berfikiran positif,,,, bersangka baik....,
anggapla semua dugaan itu ujian untuk menguji kekuatan jiwa kita,
dan yang paling penting sayang-sayang semua
mmmmm.... jangan suka cari salah orang sekeliling kita....

jadilah kita wanita anggun yang sentiasa menjadi kebanggaan "sang raja perwira jiwa"...
mmmmmm siapa lagi orang yang tersayang le.....

Friday, April 30, 2010

uuuuhuuuu..... cedih.. susah ati... geram.. marah... suka..bahagia.. mana nak?


sayang-sayang semua,
nape tu... cedih... susah ati.. geram... marah...
nape jadi cam tu....
mmmmm.... ada seseorang yang membuat sayang-sayang semua marah ek...
menyampah, meluat, getik dan cam-cam yang dirasa dalam ati.....

meh.. meh. meh.. qis tolong tenangkan..
meh tengok "cermin muka" atau paling senang ambik gambar guna "handphone"
hehehhehe.... cam ne..." ayu atau tak", "ensem atau tak"....
pastinya kite sendiri pun tak nak tengok muka kite yang tak ayu atau tak ensem tu...
kalu kite sendiri pun tak nak tengok... lagi la orang kat sekeliling kite....
lih bayangkan betapa NGERINYA wajah kite...
nak ke wajah kite dilihat ngeri oleh orang sekeliling....?
pastinya tak nak kan

mmmmmm.... pe lagi...
ce senyum kit kat depan cermin atau bik lagi gambar guna handphone sekali lagi..
hehehehhee... tentu ayu atau ensem kan...
mana nak pilih yang tak ayu atau yang ayu... yang tak ensem ke atau yang tak ensem...

pe yang qiz nak katakan ialah...
walau cam ne yang kite rasa pastikan wajah kite sentiasa ceria...kalau wanita PASTI ANGGUN kalau lelaki nampak MACHO je

kalu kite susah ati , muka kite monyok pun tak de siapa yang nak ambil peduli..
pas tu pasti orang tak nak tegor kite kan.. sebab takut melihat wajah kita yang NGERI tu
siapa rugi...
diri sendiri juga RUGI..
wajah pun kelihatan 10 tahun lebih tua dari umur kite... hehehe tul ke ni..
tapi tu la kan.... wajah akan kelihatan lebih tua dari umur kite sebenar..

baik kite selamatkan wajah kita...
so mari.. qiz ajar wat latihan atau petua nak senyum, nak tak..?

mula-mula cari cermin muka... lihat wajah kite kat cermin tu
pas tu.. sebut nombor "satu"- lihat bibir kite ( heheehe-nampak moncong je kan) tak comel kan
seterusnya sebut nombor "dua"( ahak... aha,,, ahak.. lagi lucu-mula bibir moncong pas tu nampak gigi pula) lagi tak comel...
akhirnya sebut nombor "tiga" (mmmmmmm- manis je kan senyuman tu)
jadinya bila rasa marah, susah hati, tak de mood ke... sebut la nombor "TIGA"

beri senyuman tuk diri kite sendiri dulu.. pasti kita akan bahagia........
caranya... setiap kali melihat cermin cuba senyum...
kalu kite lihat senyuman kite manis..
pasti orang sekeling pun lihat senyuman kita manis...
amalkan ni selalu....
yang pasti orang tersayang akan sayang kat kita....
siapa untung..... diri sendiri juga UNTUNG...

pe lagi amalkan petua qiz ni ye.. kalu sayang-sayang semua ada petua-petua lain lih la kongsi ngan qiz....

Wednesday, April 14, 2010

mmmm... LETIH BALIK KEJE.... Senyum kit..


alahai... longlai balik ke umah... kalu boleh nak tido terus atas katil yg empuk-empuk tu.. dikelilingi bantal-bantal wangi... "indah tul rasa dunia ni cam ana yang punya"..... ceh.. ceh.... ceh... ahak.. ahak..

hakikatnya... ALAMAK>>> wawawawa... suma nak wat... ahak... ahak.. ahak... faham-faham je la kan.... "hanya org yg merasainya yg mengetahui"... jawapannya.. (letih + longlai= tension).... tolong..tolong... tolong.... hehehehhe
sapa nak tolong..... mmmmm diri sendirila yang tolong....

Meh qis tolong mengurangkan tension... hasilnya amat melegakan...
Caranya.... dapur kita tu selain penuh dengan sumber-sumber makanan terkini.....
tapi jangan lupa dia penuh gak dengan RAHSIA kecantikan.... tak kira tuk lelaki dan perempuan..

qis bagi satu cara dulu..... nak tak?
mula tu....pandang kanan-pandang kiri...
aha... jumpa pulut tak.. kalu tak ada pulut beras pun ok gak la...
bik pengisar letrik tu.... pastikan basuh bersih2...kalu ada cili... sepital peginya..
pe lagi... kisar la pakai pengisar yg kering tu.. kisar dalam masa 5 minit pun ok...
dah siap pun...

masa nak mandi "lulurkan kat badan dan kat muka" pulut yg dah kisar tadi....
pas mandi.. mmmmm akan rasa KESEGARAN badan...
kalu selalu wat kulit akan jadi... SELEMBUT sutera...
pas tu bik putih telur.... guna jari jemari urut2 kat muka pas tu biarkan dulu.. pas 15 minit wat keje umah... mmmm... cuci muka..
muka rasa cam kulit bayi.... hehehhe.. licin dan halus je tau...le rasa kulit muka kita..
paling penting... jimat duit tak yah li

yang paling penting... daripada balik nak marah2 sbb tension... baik kita anggunkan diri...
hasilnya... badan anggun,,, umah bersih... hehehhe.. JIMAT DUIT...

cam ne... cuba dulu petua qis ni ye...

Tuesday, April 13, 2010

ahak.. ahak... di idola aku la tapi rahsia sape dia tu.....


suka la tengok idola i tu.. kemas.. hebat bergaya kuat semangat..
paling suka dia anggun je dimana-mana jua berada...
semangat dan keanggunannya tu i kagum tul...
pe lagi kat umah pun kite kene anggun lak je kan...

tentu u all pe ada idola u all kan..
yang menjadikan u all hebat cam sekarang ni..
tak kira la... hehehe.. ibu kite... ayah kite.. cikgu kite,,,
mmmm atau ada ahak.. ahakk.. ahak,,,.... seseorang tu.. yg u all minat sangat...
meh la sini cite.. lih kongsi..

oooo... cam ni nak mula buat blog



kecuh satu umah nak wat blog...
tau.. tapi dek lama tak wat.. abih lupa..

ni nak mulakan balik le nak wat blog...
bukan pe letih2 balik keje dan belajar ni.. lih le nyembang kat laman ni...
sape2 nak kongsi cite.. meh le tambah2.. tulis cerita2 lucu kat tempat keje..
lih kongsi sesama kekawan...