Tuesday, November 29, 2011

Senaman ringkas kempiskan perut



sayang-sayang semua.... jom try senaman ni...
selamat bersenam....

Sunday, November 27, 2011

sayang ibu bapa membawa kesejahteraan ....

sayang-sayang semua...

pe yg qiz hendak tulis ni adalah kisah kehidupan kita seharian tetapi cerita qiz ni boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk kita semua... semoga kita akan anggun diri

ni kisah kehidupan masyarakat biasa tapi qiz kagum la dengan sikap seorang anak terhadap ibunya ini... begitu juga ibu terhadap anaknya,,,, ni hanya secebis kisah dan banyak lagi kisah anak-anak sayang ibu bapanya

sayang-sayang semua.. kisahnya seperti ini, 
si anak ni sanggup bersusah payah dengan ibunya begitu juga ibunya.... menatang anaknya bagai " menatang minyak yang penuh"..... ibunya ni sanggup bersusah payah membesarkan anaknya ni.... tak peduli pe orang kata yg penting anaknya berjaya. sebab memang kehidupan mereka amat susah.. tapi ialahkan anaknya tak la berjaya sangat setakat biasa-biasa sahaja...
 tapi si anak ni sangat taat dan sayang sangat pada ibunya... tak pernah membantah.. pe kata ibunya itulah yang dilakukannya.... kemana nak pergi sentiasa memberitahu ibunya....setelah bekerja dibelikan ibunya handphone untuk menudahkan ibunya dan dia memberitahu setiap pergerakkannya... maknanya keizinan dan keredhoan ibunya menjadi pegangannya....

macam-macam kerja dilakukan... bekerja di kedai perabot, membawa lori... tapi makan tengahari dia tetap balik kerumah bersama ibunya... kemana ibunya nak pergi pasti dihantarnya...

baru-baru ni dia dapat kerja agak bagus juga la...... yang qiz kagum walaupun tinggal berjauhan negeri tetapi menurut ibunya anaknya seperti sentiasa bersamanya... setiap pergerakan anaknya pasti ibunya tahu... bangun pagi, minum pagi,  pergi kerja... semualah aktiviti seharian anaknya tu....
mula tu qiz heran juga... tapi tu la ibunya  kata tu la guna handphone kan..... baru-baru ni ibunya sakit dan tinggal di rumah kakak si anak itu..... walaupun tinggal jauh si anak berulang-alik setiap minggu untuk melihat sendiri keadaanya ibunya....
 kagum betul qiz lihat dengan sikap si anak itu terhadap ibunya..... baru-baru ni si anak itu membeli kereta agak mewah juga la kalu dibandingkan dengan kerjanya..... qiz usik dia " hebat kereta tu" ... dia gelak sahaja.. ala biasa2 je... senang dan selesa nak ulang-alik jengok mak...




walaupun kerjanya sederhana tapi si anak qiz lihat kehidupanya bolehlah dibanggakan.... nampak hebat je.... pe yang nak qiz katakan di sini adalah sikap si anak ini yang tidak pernah membelakangkan ibunya dalam setiap pergerakan, tindakan dan mebuat sebarang keputusan... yang tambah syahdu ibunya bercerita gaji pertamanya habis untuk perubatan ibunya...
hebatkan si anak ini kan.....

sayang-sayang semua , ini adalah secebis kisah masyarakat biasa je...
 pe qiz nak katakan disini adalah... ibu bapa adalah keutamaan.. berjaya, sibuk sekalipun perhatian kita terhadap ibu bapa jangan dilupakan.... setelah meningkat tua ibu bapa kita, perhatian si anak amat diharapkan.. pada peringkattua umur mereka tiada sebarang harta yang dinginkan kecuali harta kasih sayang anak-anak..... jadi hubungilah ibu bapa kalian.... baru lah anggun diri.. cantik rupa paras dan cantik juga sikap kita kan..... pas baca cerita qiz ni... pe lagi tipon-tipon le mak bapak kita...

sayang-sayang semua,
kalu kita sayang ibu bapa dan sering mengunjungi mereka kehidupan kita akan sejahtera..









Saturday, November 26, 2011