Wednesday, October 24, 2012

myMetro | Nutrien penting

myMetro | Nutrien penting


NUTRIEN yang cukup bukan saja mampu menjaga kesihatan tubuh malah ia menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut, tanpa memerlukan bantuan kosmetik yang mungkin merosakkan lagi kulit terutama kulit sensitif.
Kulit mulus dengan rambut lebat berkilau boleh dicapai sekiranya seseorang menjaga pemakanan dan hanya mengambil bahan terbaik bagi menyalurkan zat yang diperlukan tubuh.

Ada lapan makanan yang boleh diamalkan dalam mendapatkan penampilan menarik antaranya me-ngambil sayuran hijau seperti bayam yang kaya dengan zat dan antioksidan.

Ia juga penuh dengan lutein iaitu zat yang mampu menjaga kesihatan mata. Bayam juga sumber kaya dengan dengan vitamin B, C dan E serta potasium, kalsium, zat besi, magnesium dan asid lemak omega-3.

Apabila perlu mengambil salad, tukar menu salad kepada daun bayam sebagai makanan ringan atau snek segera.

Tiram juga salah satu makanan yang mampu membolehkan kita memiliki kulit cantik kerana ia kaya dengan zink yang membantu memulihkan serta membantu penukaran sel kulit. Zink juga menjaga kesihatan kuku, rambut dan mata.

Sejenis lagi sayuran yang baik untuk kulit dan rambut ialah tomato kerana ia kaya dengan lycopene yang bersifat antioksidan dan mampu melambatkan penuaan kulit.

Lypocene yang terkandung dalam tomato lebih mudah diserap tubuh apabila
tomato dimasak atau diproses contohnya sos tomato, jus tomato atau tomato dalam tin.

Kacang walnut yang boleh dimakan begitu saja sebagai snek juga kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin E yang menyumbang kepada kulit lebih lembut, rambut sihat, mata lebih terang dan tulang lebih kuat.

Selain dimakan begitu saja, walnut boleh dimasukkan dalam masakan harian bagi mendapat kebaikannya.

Antara buah yang banyak memberi kelebihan kepada pengamalnya ialah kiwi.

Ia penuh dengan vitamin C dan antioksidan, sekali gus membantu menganjalkan kulit, menghalang kedutan, menguatkan tulang dan gigi.

Coklat juga boleh memberi kebaikan kepada penampilan seseorang,tetapi pilih coklat gelap kerana ia kurang gula dan lebih kaya dengan kandungan coklat.

Selain membantu kulit kekal lembap, coklat juga menjaga kulit daripada kerosakan akibat selaran matahari. Pilih coklat yang mengandungi sekurang-
kurangnya 60 peratus kandungan coklat kerana ia tinggi kandungan flavanol.

Selain itu, secawan yogurt rendah lemak mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi berbanding satu cawan susu tanpa lemak, sekali gus bagus untuk postur tubuh, kuku dan gigi.

Yogurt boleh diamalkan sebagai sarapan yang penuh khasiat sekiranya ia dicampur dengan buah-buahan segar serta dimakan sebagai snek sihat.

Keledek juga memberikan nutrien terbaik untuk kulit dan rambut kerana ia kaya dengan beta karotena atau vitamin A, sejenis antioksidan yang melawan penuaan.
Rasanya yang lazat juga membolehkan ia dimakan pada bila-bila masa.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/2

Friday, October 19, 2012

RINDU

lamanya... rindu sesangat...
lama tak update blog ni... ni baru qis ada mood nak menulis..

cam2 kejadian berlaku kebelakangan ni menyebabkan tak de mood nak menulis...

apa pun pengurusan stres amat penting sayang-sayang semua....
untuk menghilangkan stes salah satunya...
1. ubah rasa tertekan tu dengan buat benda-benda yang kita sukai... contoh hobi kita la... layan hobi
    tu- wat gubahan bunga, kemas umah. masak...
2. bawa tido.... hehheheh
3. Dok depan cermin... sikat sambut, bersihkan muka.. kemas diri..
4. pakai yang cantik2... otak dan perasaan serabut tapi diri terurus kemas...
5. pegi shoping... li baju baru le
6. Main dengan binatang kesangang.. kucing le... belai2 kucing...
7. jangan layan sngat stes tu... adakan satu perkataan "bahagiakan diri sendiri dulu"....
8. yang paling penting ... jangan menangis sebab orang yang tak suka kita
9. berfikiran positif
10. setiap kejadian itu ada hikamtnya
11. baik buruk adalah rezeki drinya
12. tanamkan dalam diri...kita adalah org terpilih untuk menghadapi sesuatu tekanan atau stress itu..

yang paling penting adalah kawalan diri kita... betul tak sayang-sayang semua..