Sunday, March 24, 2013

Motivasi Diri Untuk berjaya..

Tetapkan Haluan Sendiri

Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza. 

Berani Meneruskan Perjalanan

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

Maklumat lanjut boleh layari:http://www.azizie.com/umum/artikel-motivasi-tips-motivasi-diri

Wednesday, November 21, 2012

wanita idaman lelaki

Lelaki Mencari......

Salam sayang semua... hari ini qiz membaca MINGGUAN WANITA... ini majalah kegemaran qiz.. tiap-tiap minggu mesti qiz beli lah....

Di bloq sini qiz nak kongsi apa yang qiz telah baca tuk rakan-rakan kesayangan qiz

Lelaki Mencari wanita yang mempunyai ciri-ciri:

1. Bersikap keibuan:
     Kelembutan wanita antara perkara utama yang dilihat lelaki.

2. Memahami:
    Ia adalah asas utama hubungan berjalan lancar. Kalau asik bertekak tentu hubungan akan keruh dan membosankan

3. Penghargaan:
    Lelaki akan psti kan berasa dihargai biladirinya dipuji. Justeru belajarlah untuk memuji.

5. PENMPILAN BERGAYA
   Pasti anda penah membaca artikel lelaki sudah berkahwin tertarik dengan gadis muda dan pandai bergaya. Jadi kalu anda dlam kategoriyang kurang bergya, belajarlah untuk berfesyen.

6. Petah berbicara
  Tahap pengetahuan tinggi, petah berbicara dengan idea yang menarik antara faktor dicari lelaki pada wanita. Ramai lelaki memilih wanita bijak biarpun mereka tidak secantik mana.

7. Pandai bergaul
    Menyesuaikan diri dengn pelbagai situasi membuatkan seorang wanita itu disenangi dan mudah didekati.

mmmmm inilah yang qiz boleh kongsi apa yang qiz baca bersama teman-teman qiz yang qiz sayangi...
Walaubagaimanapun masih banyak ciri yang perlu ada ini hanya diantaranya sahaja....