Friday, November 11, 2011

madu lebah 11.11.11


sebut madu lemah... tak payah qiz cite semua org tahu khasiatnya..
tapi yang susah nak mengamalkan makan madu lemah....  macam2 lih guna dengan madu lebah ni..
yang paling penting amalkan selalu memakan atau meminum madu lebah.....

sangat berkhasiat sayang2 semua... tak percaya... amalkan lah dulu baru tau

sesiapa yg mengamalkan memakan atau meminum madu lemah.... mmmmm kesanya mmg sangat hebat...





Friday, October 28, 2011

luahan hati seorang insan di muka bumi

terkedu hati nurani

sedang qiz berdiri memerhati sekeliling... qiz dihampiri dan disapa oleh seorang insan... qis balas dengan senyuman.....
  insan itu pun berkata kepada qis " tengok tu kereta orang tu rosak, saya kenal dia, dan dia juga kenal saya... tapi sombong sangat... kalu lalu depan saya tak penah nak senyum atau pun nak tegor saya.... siapa la saya ni kan... saya dah la tua... miskin, keje saya tengoklah berpanas kan, saya ni buruk.. malu agaknya nak tegor saya, malas saya nak menolong orang yang sombong cam tu, biar je kereta dia rosak, bukan saya tak nak tolong tapi dia tu sombong sangat" alamak terkedu qiz tak tau nak kata apa... orang tu menambah "di kawasan ini awak dan beberapa orang je  selalu mahu senyum dan menegor dengan kami kat sini yang lain.... mmmmmm sombong-sombong.... sapa la kita ni kan" adoi sedih je qiz dengar luahan hati insan tu....

secebis kisah ni menunjukkan sikap kita sendiri yang tak mahu menghormati orang lain... tak kira la sapa pun insan tu.. kita patut menghormati orang tersebut.... sukar sangat kah mengukir sedikit senyuman kepada orang yang memandang kita.....

dengab sedikit "senyuman yang ikhlas" boleh menggambarkan siapa diri kita.....
 orang boleh menilai diri kita....

harap sayang-sayang yang membaca secebis kisah ni.. tidak akan bersikap sombong dan memilih orang untuk memberi sekelumit senyuman.....










Tuesday, October 25, 2011

ingin cantik dan ayu dipandang mata orang sekeliling anda

ingin cantik dan ayu dipandang
cantik je burung ni kan


sayang-sayang semua
semua orang ingin cantik dan ayu dipandang, tak kira siapa yang memandang kita kan. walaupun diri sendiri yang memandang,,,,, mmmmmm agak pelik kan qiz kata begini... bila la pula diri sendiri memandang...
ahak... ahak... jangan tak tau... depan cermin la sayang...

kite ni sentiasa berdepan dengan manusia.. samada di rumah, diluar rumah atau ditempat kerja kan ... betul tak?
pertama kita sentiasa dilihat orang dan dipandang orang... hehehehe kalu tak dipandang pelik pula jadinya kan... hendak di pandang dalam keadaan menyenangkan atau dipandang menghodohkan... ahak.. ahak.. ahak..

oleh itu wahai sayang-sayang semua...
maka pamerkan lah diri kite seindah, secantik dan seayu yang mungkin.. siapa untung? diri sendiri juga yang untung...
jadinya supaya pandangan pertama orang kepada kite sentiasa menyenangkan... macam bunga tu... atau macam kita lihat kereta yang cantik-cantik tu...

ini adalah perkara-perkara asas yang perlu ada pada diri kita sendiri... macam perunding imej la qiz ni.. tapi saja tuk kongsi je ni....

pertama....
jagalah kekemasan diri, jaga penampilan .... walaupun di rumah.... sedap mata memandang... dan kene wangi selalu...

kedua
bila bertemu dengan orang ( orang yang memandang kita la) pamerkan senyuman manis... jangan lebar sangat cukup sekadar senyum sikit tapi kene iklas..

ketiga
ini perkara sangat penting... silap yang ini abislah sayang...
bila mula berbual jaga la kebijaksanaan bila berbual... umpamanya.. jangan meninggi diri, mengata orang, mengumpat orang, jangan suka menunjuk yang kite ni hebat sangat...
 sebaiknya bila berbual jangan cuba menyakiti hati teman yang kita ajak berbual..
perbualan pertama sayang akan mempamerkan siapa diri sayang-sayang semua... kalau bunga.. bila kita lihat bunga tu... nampak cantik pas tu kite cium baunya.... ini yang penting.. samada bau bunga tu wangi atau bucuk....
hehhehee...nak kita dicop bunga yang wangi atau bucuk.... hehehhehe tentu yang wangi... jadi jagalah cara perbualan sayang

keempat
jangan cepat menilai orang.... umpamanya bila kite nampak org masam je mukanya.... mmmm kita cepat menilai dia ni orang sombong 

ini perkara-perkara asas je sayang....
keutamaan adalah diri kita sendiri.. di mana kita hendak meletakkan diri kita sendiri... hendak jadi bunga yang berbau harum  atau bunga bau bucuk.....


























Monday, September 12, 2011

safi rania gold

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcQ4ogYzZ5l5_0pePyzLYk0UXbMYmNUZcqZxSgkEa8PhpXTVBATHb2WGBnb4iioZJXCZj8dcAi0H5t_OyX0l-J0GAbbbEG2HSRxxCKejJtJZPQCAJUumptxr-WNqt1m8UUeKoAxu3sNbQ/s1600/DSCN8179.JPG
sayang-sayang semua, sejak qiz guna produk safi rania gold ni... alhamdulillah jerawat yang suka sangat kat pipi qiz ni dah tak ada dah.. hehehhehe sesekali tumbuh tu biasa la kan...

jadi sesiapa yang ada masalah jerawat cam qiz .. try la safi rania gold ni... tapi petua2 nenek moyang kita tu guna la juga, lagi2 "madu lebah".... try tau jangan tak try.... makanan tambahan juga jangan lupa makan... senaman juga jangan lupa...


maklumat ringks produk ni:

Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

Tuesday, September 6, 2011

wajah halus mulus

petua kulit wajah..

Menyegarkan kulit wajah

PDF Print E-mail
BAHAN-BAHAN:

Epal hijau

Air batu


CARA-CARA:

1. Cuci dan potong nipis epal hijau.
2. Kemudian, rendamkan epal tadi di dalam air batu selama 5 minit.
3. Setelah itu, letakkan di muka dan biarkan selama 15 minit.
4. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia juga boleh melicinkan kulit.

Tip-tip untuk semua

Lodge Enamel on Cast-Iron 3 Quart Apple Pot, GreenAmalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.
* Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah:

- Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.